Tuesday, 14 October 2014

Kegunaan Rangkaian-Syarikat

Pemindahan dan perkongsian data yang mudah dan pantas
Tanpa sistem rangkaian, sesuatu fail atau data yang ingin dikongsi atau dipindahkan, terpaksa disalin ke dalam media storan seperti disket, dibawa atau dihantar dari suatu tempat (atau komputer) ke tempat (komputer) lain.
Menjimat dan memudahkan penyelenggaraan perisian
Perisian aplikasi seperti perisian pemprosesan perkataan, hamparan elektronik dan sebagainya amat diperlukan oleh syarikat. Perisian aplikasi versi rangkaian dapat mengatasi masalah dari segi kos dan juga penyelenggaraan kerana harganya lebih murah jika dibandingkan dengan membeli perisian aplikasi secara individu. Di samping itu, proses peningkatan upaya (upgrading) juga dapat dijalankan dengan lebih mudah dengan adanya perisian aplikasi versi rangkaian.
Perkongsian sumber dan media 
Berkongsi sumber dan media tanpa mengira tempat dan jarak lokasi asalkan dirangkaikan. Contohnya, peranti yang mahal seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas grafik dan CD-ROM dapat dikongsi penggunaannya oleh semua komputer yang terdapat dalam sesebuah sistem rangkaian.
Capaian yang fleksibel 
Sistem rangkaian komputer membenarkan syarikat untuk mencapai fail atau maklumat yang dikongsikan dari sebarang komputer dalam sistem rangkaian.
Keselamatan data 
Dengan utiliti keselamatan data yang tertentu, urusan menjaga keselamatan fail dan perisian menjadi lebih mudah. Suatu sistem kata kunci boleh digunakan untuk mengawal capaian yang tidak dibenarkan.
Tiada kekangan masa 
Sistem rangkaian komputer boleh diakses bila-bila masa sahaja.

No comments:

Post a Comment