Wednesday, 15 October 2014

JENIS-JENIS ENJIN CARIAN INTERNET

JENIS-JENIS ENJIN CARIAN

Enjin carian [search engine] ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah komputer, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi.Tapi selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet, mencari sesuatu maklumat dalam internet menggunakan enjin carian.

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi, apabila anda menaip kata kunci seperti “perniagaan” pada google, yahoo atau msn, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan.. Semua laman web, yang menggunakan kata kunci “perniagaan” akan dipaparkan.

Tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja. Sepuluh tapak web yang paling popular awal Julai ini menurut NetRatings, sebuah syarikat penyelidikan pengguna web adalah Yahoo!, AOL, Microsoft, MSN, GeoCities, Netscape, Excite, Tripod, Infoosek dan Disney. Menunjukkan tapak web direktori Internet terus menguasai senarai.


1. www.altavista.com

Pengguna boleh mencari halaman web, artikel perbincangan dalam USENET, syarikat perniagaan, alamat e-mail, alamat rumah seseorang dan sebagainya. Menawarkan 2 jenis pencarian iaitu pencarian mudah (simple search) dan pencarian advans (advance search). Hasil pencarian boleh diterjemah kepada 3 bahasa iaitu Inggeris, Perancis dan Jerman.

2. www.msn.com

Microsoft Network atau MSN adalah portal carian internet yang dimiliki oleh Microsoft. Dilancarkan pada 24 Ogos 1995, MSN dapat beroperasi dengan sistem operasi Windows 95, Windows 98, Windows 2000, Windows XP dan Windows Vista. MSN terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Hotmail, Windows Messenger, My MSN dan Download IE8. MSN kini tersedia dalam semua bahasa di dunia.

3. www.hotbot.com

Antar enjin carian yang tertua dan diperkenalkan pada tahun 1996.

4. www.lycos.com

Diwujudkan dua tahun lebih awal daripada Hotbot.

5. www.holyquran.net

Menyediakan pelbagai maklumat mengenai pengajian Al-Quran secara umum. Contohnya pencarian teks Al-Quran, mencari perkataan dalam Al-Quran, buku-buku tafsir dan maklumat mengenai Al-Quran dan Sains.

6. www.alroqia.com/, www.islam.saudihit.com/, www.altatar.com

Dilaman web ini pengguna boleh mengetahui pelbagai cara mengubati penyakit seperti sakit terkena sihir atau gangguan makhluk halus dan sebagainya. Kaedah perubatan yang ditunjukkan adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

7. www.cari.com.my

Merupakan salah satu enjin carian tempatan terawal dan masih kekal sehingga ke hari ini. Ia menyimpan alamat laman web tempatan bagi memudahkan pencarian tempatan. Ia boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.

8. www.yellowpages.com.my

Buku panduan telefon melalui internet seperti Yellow Pages yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi TM. Pautan lain yang disediakan adalah catalog mengikut kategori, peta, whitepages, mobile pages, kelab yellow dan pengiklanan.

9. www.jobsmalaysia.gov.my

JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Sistem ini adalah satu modul daripada tiga modul yang terdapat di bawah projek Bursa Buruh Elektronik (ELX). Ia telah dilancarkan pada 30 Mei 2002 oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Wira Fong Chan Onn. Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Semua kemudahan yang disediakan ini adalah percuma.

Undang - undang siber

                             

Perkembangan teknologi yang semakin pesat mewujudkan kepelbagaian media atau disebut sebagai multimedia.Antara komponen utama dalam undang-undang multimedia ialah undang-undang siber.Undang-undang siber merangkumi 3 akta utama iaitu Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562), Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563)dan Akta Teleperubatan 1997 (Akta 564).Selain itu terdapat juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 589)serta pindaan kepada Akta Hakcipta 1987 (Akta 332) untuk memantapkan lagi perundangan mengenai siber di Malaysia.

Akta Jenayah Komputer 1997 digubal dengan tujuan untuk menyediakan peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan komputer di Malaysia. Ia amat relevan bagi mewujudkan undang-undang yang berbeza dengan undang-undang jenayah sedia ada seperti Kanun Keseksaan. Jenayah Komputer merupakan satu jenayah buatan yang timbul kesan daripada peningkatan penggunaan komputer dan rangkaian komputer. Selain itu, Akta Tandatangan Digital 1997 pula merupakan satu akta yang mengadakan peruntukan untuk mengawal selia penggunaan tandatangan digital serta peruntukan bagi maksud yang demikian. Ia amat penting dalam melicin urusan perdagangan secara elektronik atau e-dagang. Manakala Akta Teleperubatan 1997 pula bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal seliaan dan pengawalan amalan teleperubatan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. Teleperubatan ini merupakan amalan yang menggunakan telekomunikasi data, audio serta visual.

5 KESALAHAN DIBAWAH AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997:

1) Capaian tanpa kuasa
2) Capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan
3) Mengubah kandungan komputer
4) Komunikasi salah
5) Bersubahat melakukan kesalahan


Sumber: Siri Perkembangan Undang-Undang Di Malaysia; Undang-Undang Multimedia Jilid 10, Ahmad Shamsul Abd. Aziz, Khadijah Mohamed, Mazita Mohamed.

PENGERTIAN DATA DAN MAKLUMAT

a) Data

Data ialah rangkaian simbol atau sesuatu bahasa, yang mana ianya sendiri tidak ada makna. Data ialah fakta ringkas dan banyak bentuk, bahan mentah yang belum diproses dan ianya termasuk dalam proses mengumpul fakta-fakta.

b) Maklumat

Maklumat adalah data yang diproses (contoh, menambah atau menolak sesuatu) ke dalam bentuk yang bermakna. Walaupun ia dapat ditukarkan dan boleh sampai dalam pelbagai cara, maknanya akan terikat dan bergantung atas pengetahuan pengguna. Maklumat adalah data yang dipersembahkan dalam gaya yang telah diorganisasikan. Maklumat juga berdasarkan koleksi data yang dipersembahkan oleh mana-mana proses komunikasi.

Kaedah Pencarian Maklumat Menerusi Enjin Carian

Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.

Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas.
Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta.
Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul.
Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.

Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.
Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.

Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti ballstestedwalking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti balltestwalk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.

nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.

nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.

nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.

nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.

nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.

Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.

Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.
Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.
Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.


     
                                      


                                  
                                 


                                      


                                    

                           


Cara Membuat Email Baru di Gmail, Yahoo, dan Hotmail

      Kenapa kita memerlukan  email? Email adalah salah satu fasilitas yang wajib kita miliki ketika melakukan kegiatan di internet. Misalnya ketika kita ingin membuat akaun  media sosial di Facebook, Twitter, atau Google plus, pasti media sosial tersebut akan meminta akun email kita, atau ketika kita ingin membuat pembelian online, pasti mereka akan menanyakan akaun email kita. Fungsi email ini sendiri adalah sebagai alat komunikasi digital (surat elektronik) dan biasa juga sebagai identiti online seseorang.
Sebelumnya kita mesti tahu dulu apa itu email. Email atau e-mail adalah singkatan dari Electronic Mail atau surat elektronik yang hanya biasa dibaca jika kita punya peranti  komputer, laptop, Tab, smartphone, dan tentunya laluan  internet. Kalau tidak ada laluan  internet, kita tidak boleh membuka akaun email kita. Akaun email itu sendiri dapat kita miliki secara percuma ataupun berbayar, dan di artikel ini saya hanya menjelaskan  cara membuat email percuma.
Beberapa penyedia layanan email percuma yang paling terkenal dan paling banyak digunakan adalah Yahoo.com, Google.com, dan Microsoft.com. Berikut ini adalah cara membuat email percuma di pelayan  yang saya nyatakan :
A. Cara Membuat Email percuma di Gmail (Google Mail)
Ini adalah layanan email percuma kegemaran saya. Selain bisa membuat email dengan gratis, kita juga bisa membuat akun Google plus dengan mudah bila sudah memiliki akun Gmail.
1. Langkah pertama, kunjungi  Google mail
2. Klik  “Create an account” atau “Buat akaun” yang ada di sebelah kanan atas halaman Google mail.
3. Isi ruangan-ruangan yang ada pada halaman pengisian dengan data anda seperti yang dikehendaki:
§  Nama: isi dengan nama lengkap Anda, nama depan dan nama belakang
§  Pilih nama pengguna Anda: isi dengan alamat email yang Anda inginkan
§  Cipta katalaluan (password) anda sendiri yang tidak mudah diceroboh oleh orang lain tetapi diingati oleh anda.
§  Masukkan sekali lagi kata laluan anda untuk pengesahan.
§  Tarikh lahir: isi dengan tanggal, bulan, dan tahun kelahiran Anda
§  Gender: pilih yang sesuai dengan jenis jantina anda.
§  Perhubungan : isi dengan nombor HP anda.
§  Buktikan bahwa anda bukan robot: isikan kod yang tertera di halaman tersebut.
§  Lokasi: isi yang sesuai dengan negara tempat anda tinggal.
§  Beri persetujuan kepada syarat yang dikemukakan oleh pengendali email.
§  Klik tombol “Langkah berikutnya”

Buka Spoiler »
4. Langkah selanjutnya adalah menyiapkan profil anda dengan menambahkan foto profile Anda. Untuk menambahkan foto, sila klik tombol “Tambahkan Foto Profil”. Anda boleh memasukkan foto dari komputer. Setelah selesai mengatur gambar profil, klik butang “Langkah berikutnya”.
Buka Spoiler
5. Kini  akaun email di Google sudah selesai dibuat. Sila klik butang “Teruskan ke Gmail” untuk masuk ke halaman email Anda.
B. Cara Membuat Email di Yahoo Mail
Layanan email gratis dari Yahoo sangat banyak digunakan orang. Selain email percuma, kita juga automatik akan biasa mendaftar ke layanan Yahoo Messenger untuk chating.
1. Langkah pertama, kunjungi situs Yahoo mail
2. Klik tombol “Buat Account Baru” di bahagian atas kanan halaman Yahoo mail.
3. Isikan ruangan-ruangan yang disediakan dengan memasukkan data anda:
§  Nama:  isi dengan nama lengkap anda, nama depan dan nama belakang
§  Pilih ID Yahoo!: pilih alamat email yang anda inginkan di Yahoo.
§  Pilih kata laluan: isi dengan sandi yang Anda inginkan dan mudah diingat
§  Ketik ulang kata sandi: masukkan lagi sandi Anda
§  Saya lahir pada:  isi dengan tanggal, bulan, dan tahun kelahiran Anda
§  Saya tinggal di: pilih negara dimana Anda tinggal
§  Ponsel: isi dengan nomor HP Anda, untuk keamanan
§  Email Alternatif: isi bila Anda punya email lain, kosongkan bila memang tidak ada
§  Klik tombol “Buat akun saya”
3. Langkah selanjutnya adalah mengisi pertanyaan rahasia, ini dibutuhkan untuk menjaga keamanan akun email Yahoo Anda. Di sini Anda harus memilih pertanyaan dari pertanyaan 1 dan 2, serta tentukan jawaban Anda. Pilihlah pertanyaan yang jawabannya mudah Anda ingat. Dan jangan lupa mengisi nomor ponsel Anda pada kolom yang sudah disediakan. Pada halaman ini Anda juga perlu untuk memasukkan kode anti spam. Setelah selesai mengisi kolom-kolom yang disediakan, klik tombol “Selesai”.
4. Voila, email Anda di Yahoo sudah selesai dibuat. Langkah selanjutnya Anda bisa klik tombol “Persiapan Awal” untuk masuk ke halaman email Anda.
C. Cara Membuat Email di Hotmail
Layanan email gratis Hotmail ini disediakan oleh Microsoft.com. Memang tidak sepopuler Gmail dan Yahoo mail, tapi layanan ini sangat banyak digunakan orang.
1. Langkah pertama, buka situs Hotmail
2. Klik tombol “Sign up now” pada bagian kanan bawah halaman Hotmail.
3. Isi kolom-kolom yang disediakan dengan memasukkan data Anda:
§  Name: isi dengan nama depan dan nama belakang Anda
§  Birth date: isi dengan tanggal, bulan, dan tahun kelahiran Anda
§  Gender: pilih jenis kelamin
§  Microsoft account name: isi dengan alamat email yang Anda inginkan di akun Microsoft Anda
§  Create password: isi dengan sandi yang Anda inginkan
§  Reenter password: masukkan kembali sandi Anda
§  Phone number: isi dengan nomor HP Anda, untuk keamanan akun email
§  Alternate email address: isi dengan alamat email Anda yang lain, kosongkan bila tidak ada. Bila Anda tidak mengisi email alternatif maka Anda harus mengisi pertanyaan dan jawaban rahasia untuk menjaga keamanan akun email Anda.
§  Country region: pilih negara tempat tinggal Anda
§  Postal code: isi dengan kode pos Anda
§  Enter the characters you see: isi dengan karakter yang Anda lihat, ini untuk mencegah spam
§  Lalu klik tombol “I Accept”
4. Tadaaaa, akun email Anda di Hotmail sudah jadi. Langkah selanjutnya Anda bisa klik tombol “Continue to inbox” untuk melihat halaman email Anda.
Demikianlah informasi singkat cara membuat email baru di Gmail, Yahoo mail, dan Hotmail. Mudah-mudahan artikel ini boleh membantu Anda dalam membuat akun email baru dengan mudah dan cepat.